Nota hati...

“maka kubermohon padaMU, ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdir-MU. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba – yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuh.” ~

moga ku punya kekuatan untuk menerima cintaMU itu...insyaAllah
Showing posts with label curahan hati teman. Show all posts
Showing posts with label curahan hati teman. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Doa titipan dari seorang sahabat, buat seorang sahabat...



Doa yang saya petik dari titipan seorang sahabat buat sahabatnya (dr nota fb; sister Sharifah Noor Husna Syed Adnan) ;


Doa untuk sahabat...
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan. Aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.


Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah. Aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah. Aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

~ INDAHNYA, RASA KASIH YANG KAU CIPTAKAN DIJIWA HAMBAMU.....KAU YANG MAHA PENCIPTA & PALING LAYAK DICINTA ~

Sunday, January 31, 2010

don't just blame.....!!! ~


~.... Tunggulah juga, di waktu dalam kesusahan,

diwaktu datangnya ujian,

diwaktu datang kesedihan.

Akan dikenal siapa kawan dan siapa lawan.
Biarpun mungkin satu hari nanti bila terjadi 'kekecohan' dengan kawan.
Berikan sedikit ruang di dalam hati untuk memaafkan. Masa terlalu
sempit untuk berlama-lama dalam bermusuhan... ~

Tuesday, January 12, 2010

~ lovely quotation from my fren ..~



memetik kata2 dr coretan seorg teman:


~ 'Datanglah bahagia,aku merayu.
jemputlah aku ke daerahmu.
bawakan aku setitis rasa yang mampu melegakan dahagaku.


Datanglah gembira.
Jemputlah ku ke rumahmu.
Berikan aku ruang tuk menumpang berteduh di bawah bumbungmu…..'
~

kata2 dari sahabat...untuk kusemat jadikan ingatan, insyaAllah



Kerendahan hati disandarkan kepada kekuatan bukannya kelemahan. Mengakui kesalahan & melakukan perubahan ke atas kesilapan adalah 1 bentuk penghormatan tertinggi pada diri sendiri


~
Merendahlahlah, engkau kan seperti bintang gemintang
Berkilau dipandang orang di atas riak air & sang bintang pun jauh tinggi
Janganlah seperti asap yang mengangkat diri tinggi dilangit padahal diriNya rendah hina
(K.H RAHMAT ABDULLAH) ~

Saturday, January 9, 2010

Tasbih cinta...



Ukhuwah yang terbina bukan kuntuman bunga,
tapi persis seutas tasbih...
ada awal tiada penghujungnya,
dijalin untuk mengingatiNya,
dicantum dengan cintaNya,
diratib demi redhaNya..InsyaAllah

~ kerna bunga mgkn mewangi harumnya...
tp, pasti ia kan layu jua

Thursday, December 24, 2009

kata2 dari sahabat...untuk kusemat jadikan ingatan, insyaAllah

Sentiasa bersabar dan berdoa supaya diberikan kelapangan hati ..Jangan terlalu membenci, kerana mugkin suatu hari nanti ia adalah kesukaan mu. Dan jangan lah, terlalu suka kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi kesakitan bagi diri mu...

Husnu dzon itu adalah sebenar2 penawar bagi hati

....kata2 ini sy ambil dr seorg sahabat, yg slg ingat m'ingati, terime kasih & alhamdulillah,syukur pdNYA yg mengurniakan petunjuk pd hambaMU ini yg sering t'lupa.....

moga akn terus kusematnya dlm ingatan, agar kesilapan yg sama xkan ku ulang kembali, insyaAllah wa biiznillah
maka, kubermohon padaMu ya Allah, ingat kan diri ini senantiasa, kerna hambaMu yg lemah ini kdg leka, cuai & alpa, lalu mgkn t'lupa akannya lagi
& sesungguhnya hanya padaMU kupinta.....Amin