Nota hati...

“maka kubermohon padaMU, ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdir-MU. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba – yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuh.” ~

moga ku punya kekuatan untuk menerima cintaMU itu...insyaAllah
Showing posts with label luahan rasa hati. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa hati. Show all posts

Sunday, April 4, 2010

Redha..... ~


Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang-ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah menerus kehidupan
Ku mengenal makna dosa dan pahala

~ Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha mengetahui yang ada di hati
Biar Dia menentukannya ~


Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia terima
Yang tertulis dalam kehendak Nya

Saturday, March 27, 2010

mintalah hati ini dariNYA....


pemilik hati ini hanyalah DIA, DIA yang memegang kuncinya, maka hanya dari DIA kan terserah kunci hati ini, pada dia yang diizinkanNYA untuk membukanya, insyaAllah....AMIN ~

Saturday, February 27, 2010

~ ....I am strong, when I am on your shoulders; You raise me up: To more than I can be.... ~


When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;

Then, I am still and wait here in the silence,

Until you come and sit awhile with me.

You raise me up,
so I can stand on mountains;

You raise me up,
to walk on stormy seas;

I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

Friday, February 5, 2010

Prevention is better than cure


Membaca entry raihan di blognya, notes & link yang di tagkan serta dikongsikan @ wall face book saya oleh afifah, dan saya juga kawan-kawan yang dah mula suka sangat bermadah & berpuitis , qoute meng- quote kata2 yang berbicara soal hati atau lebih tepatnya 'cinta' membuat saya nekad untuk publishkan post yang pernah saya tulis; yang hanya saya simpan sebagai draft sebelum ini yang saya edit disitu & disini untuk menjaga sensitiviti
(yang membuat saya teragak2 untuk mempublishkan entry ini sebelumnya...kerna saya punya kelemahan dalam komunikasi, kadang apa yang saya cuba sampaikan, alihnya akan mendapat tafsiran lain dari yang saya cuba sampaikan pada asalnya)


Prevention is better than cure (begitu lebih kurang tajuknya yang saya berikan)

(yang saya kira sebagai peringatan untuk diri sendiri & adik2 (especially kaum hawa, tapi, boleh dikongsi juga dengan kaum adam, sebagai ilmu; camne pandangan tentang menjaga pergaulan dari sudut pandangan seorang perempuan. so, kite faham, kadang kenapa perempuan bertindak camtu @ camni dlm satu2 keadaan)


- mencipta batasan antara pergaulan lelaki & perempuan sebagai menjauhi fitnah -


disini perlunya diletakkan barrier, yang mana sometime seorang perempuan tu perlu bersifat tegas & bukanlah terlalu berlemah lembut dalam berbicara dengan lelaki. lebih - lebih lagi dengan orang yang kita ada perasaan terhadapnya.

jika dengan kawan2 lelaki yang lain pun kita dah meletakkan ketegasan, dengan 'dia' ketegasan tu perlu lebih lagi.bukannya, dengan yang lain kita dah mesra, dengan 'dia' kita akan lebih mesra, sebab 'dia' lebih special (dari pandangan hati 'perasaan') buat kita. hal ini adalah penting untuk tak membiarkan diri kita jadi mangsa perasaan sendiri. dan, sebelum semua hal itu terjadi, better adanya prevention dengan meletakkan barrier antara kita dengan si lelaki.

& ini adalah sebagai mengambil langkah awal untuk berjaga2. kerna mengelak itu lebih mudah dari nak menyembuhkan andai dah tersalah langkah dalam permainan yang dinamakan cinta.


contohnya, boleh kita baca dari perenggan in yang saya petik dari entry 'kerana aku dalah wanita' oleh raihan;

Wahai wanita, bertegaslah. Aku semakin takut melihat lelaki-lelaki sekarang yang begitu mudah dipujuk rayu wanita. Teringat kata-kata seorang teman, berniqab dan bagi aku amat suci dan bersih. Katanya,“Raihan, lelaki ini lemah sangat bila berhadapan dengan wanita yang dikasihinya. Nak tak nak, wanita harus main peranan. Kita kena letak penghadangnya. Agar mereka tidak terlajak.”

Aku juga sebenarnya cukup kasihan dengan lelaki sekarang. Terlalu banyak dugaan yang wanita beri kepada mereka. Rata-rata. Di TV, persekitaran. Kuatkanlah tarbiah hatimu wahai pemuda Islam.

Dan berapa ramai juga kawan-kawan yang lebih memahami dan mendalami Islam, lebih dari aku, namun bersayang abang dengan kekasih hati? Bertudung labuh, berkopiah. Na’uzubillah. Terkena batang hidung? Ucapkan Astaghfirullah. Tuhan, jauhkan aku dari diuji. Kawan-kawan, kuatkan hati. Teringat kata-kata Wan Hafizi el-Faransiy, sahabat karib aku.”Kalau berani, bercintalah!” Memberi amaran tentang bahaya bercinta dengan manusia lain jantina.


begitu juga bile bab bergurau senda selalu. memang suke sangat mengarut menyengal. & ade kebaikan gak, boleh lebih mesra & rapat. tapi, kena beringat & bersederhana, bimbang ade kesan yang x baik lepas tu.

(so, kadang bile menjaga hal2 ni. orang cop kite cerewet. perasan nak tunjuk baik ke. banyak sangat pantang larang,garang...& banyak lagi yang seumpama dengannya....sampai xde laki yang nak dekat. tapi, bak kata raihan 'kerana aku adalah wanita'...so, faham2 lah duhai insan yang bergelar adam...)

& bagi orang lain yang memandang kita (yang diluar lingkungan kita2), mungkin akan adanya pandangan yang agak tidak baik, bilamana melihatkan kita bergaul mesra antara lelaki & perempuan, kita dianggap terlalu 'sosial', walhal kita telah meletakkan semuanya pada batas - batasnya (pada perkiraan kita).


SO, JOM SAMA - SAMA KITA BERAZAM UNTUK MENJAGA PERGAULAN KITA, MOGA HUBUNGAN YANG TERCIPTA DARINYA INI TERPELIHARA & DIBERKAHI OLEHNYA SENANTIASA, INSYA ALLAH


inilah lebih kurang yang dapat disampaikan di entry ini

yang baik itu datang dari DIA & sama- sama lah kita semua ambil pengajaran darinya, & yang buruk itu sungguh datang dari saya yang lemah & tentunya terlalu banyak kekurangannya, namun saya harap saya xkan pernah berhenti berazam & berusaha & melaksanakannya, untuk menjadi lebih baik, Insya Allah....AMIN & moga saya lakukan nya dengan penuh ikhlas & dijauhkan dari perasaan riak...nauzubillahi min zalik......ASTAGHFIRULLAHAL AZIM

Wednesday, December 23, 2009

Astaghfirullahal Azim


sejak akhir2 ini & seperti sebelumnya, saya selalu dlanda masalah xmampu mengawal emosi, kerap rasa terluka. kala luka drasa, sy mahu cpt luahkannya, xmampu nak m'biarkannya terus m'buku didada...tp, kini sy jarang meluahkan rasa pd teman2, bimbang saya m'ganggu. & sy juga harus mengerti msg2 punya masalah t'sendiri.jd, sy sbg seorg yg seharusnya sdh dewasa, harus cuba mengerti untuk cuba kuatkan diri dgn s'diri....saya ada DIA tmpt m'adu....

namun, saya masih manusia biasa, & punya kelemahan yg pasti, yg mgkn xsemua org punya, tp, sy yg lemah ini, seorg yg lemah emosinya, jd, disini, sy jdkan juga medium untuk meluah rasa.....menulis segala khabar dari hati ini.....

& mgkn kdg sy t'lupa, apa yg saya tulis mewakili perasaan sy kala itu, tp, mgkn ia m'guris rasa yg lain pula......

bila hati mula tenang sedikit kembali, baru sy sedar akan hal sebegitu...

ASTAGHFIRULLAHAL AZIM...
ASTAGHFIRULLAHAL AZIM....
ASTAGHFIRULLAHAL AZIM.....

maafkan kekhilafan hambaMU ini ya Allah, yg hanya cuba mengadu nasib diri...ku seolah mengeluh pula...& aku seolah m'cetus gelora dhati yg lain pula. walhal diri ini hanya meyuarakan rasa dhati, yg mgkn ada silapnya...tp, ia hanya apa yg hati ini rasa, & sekadar untuk dluah cuma agar ia x m'jeruk rasa.....hanya maaf yg mampu kuminta, wlu ia mgkn x bisa menyelesaikan segalanya...

& yg pastinya, ampun & maaf kupinta drMU, dr KAU yg MAHA MENGERTI segalanya....

ASTAGHFIRULLAHAL AZIM.......

Tuesday, October 27, 2009

saya juga rindukan..........












tibe....boleh x klu sy ckp sy rindukan laksa, keropok, cucur udang, rojak buah, abc, cendol & air tebu yg dulu hmpr setiap hari sy akan gilir2 beli benda2 ni sbg makanan m'isi perut dr breakfast smpilah ke mkn mlm masa sy keje kat sg.buloh dulu.....huhu

yg mana sy juga akan beli, donut @ goreng pisang @ belebat pisang, bila aya temankan saya p'gi m'beli...juga belikan air tebu untuk dia....juga kdg2 belikan untuk anis & izah & mrk akan temankan saya mkn sama2...hehe

saya rindukan juga aiskrim yg izah & aya suka belanja untuk saya...
juga aiskrim durian & jagung yg sy & irah beli bila dia dtg ke sg.buloh...

saya rindukan juga bila saya belanja mrk roti krim strawberi @ coklat , gula2 & jajan sbb anis tlg belikan roti untuk sy di kedai...huhu

saya rindukan juga putu mayam yg sll sy mkn b'sama izah & aya,bila izah pgglkn mamak yg jual putu masa dia dtg m'jual,ckp nak beli & minta sy belanjakan.....wlu pun sblm tu sy xsuka sgt putu mayam,tp sukakn putu piring & bambu je...tp,sejak tu sy suka putu mayam yg sy makan bersama mrk.....

& sebnrnya sy rindukan mereka.....

rindukan aya yg sll dtg kacau saya bile dia plg dr sekolah pra...mandi kat tandas di blk sy duduk,minta bedak yg digunakan untuk putih lepakkn muka dia mcm org nak main opera cina, layan dia melukis, menulis juga minta sy buatkan dia air quaker oat & kdg2 tu smpi xtahan juga sy nak melayannya....tp,sy rindukan dia

rindukan anis juga..yg dtg & suka b'tanya itu ini,minta dgrkan dia ngaji quran & bw maggi untuk sy masakkn & kami mkn sama2,dgn aya & juga izah...dibilik kecil itu....juga roti celup telur yg dibakar yg dibuatkan oleh anis & izah untuk kami mkn sama2...

saya rindukan bilik kecil itu,yg t'simpan kenangan indah, saat2 sy b'sama mrk.....RINDU....SANGAT & TERAMAT RINDU.....

rindu juga pada muazd yg sy suka dukung & peluk dia....comel sungguh dia....

rindu juga pada ammar......t'igt masa saya buat dia menangis...masa tu, kak maria pengasuh dia nak gi jmpt aya plg dr pra sekolah sbb pakcik razak yg sll jmpt aya xde dirmh...kak maria bw muadz b'sama & titipkan ammar untuk saya jagakn sebentar......ammar yg istimewa budaknya,lincah & nakal x t'kawal dek sy yg perhatikn dia smbl buat keje di dpn pc.....kesana kemari ada je yg dia nak pergi & buat, ada saja yg nak dicapai.....saya pun apa lagi...ltk dia atas meja....larikan semua kerusi jadi dia boleh main kat atas tu je....barulah sy blh smbg buat keje
tp,kejap tu sy dgr bunyi...bedebub & disusuli tangis ammar..sy bingkas bgn & pergi kearahnya...t'kejut sy dbuatnya,sy capai ammar,kata sy pdnya...."tulah awk nakal sgt,cuba duk diam kejap...."tibe tangisnya jd t'sedu2,dia peluk & gosok2 blkg sy...dia yg menangis,tp,lagaknya seolah dia sdg memujuk sy....sayu pula rasanya....sy pujuk dia,lihat kemuka nya....sayu rupanya...b'kata2,tp xsy tahu butir bicaranya,seolah meminta maaf atas kenakalan dia.....kesian dia.....sy cium pipinya...tangisnya pun dah mereda....sy letakkn dibwh...tibe dia jd bdk baik,main apa yg sy bagi...duk diam2 je...tibe rasa b'salah pula.....sy rindu dia....nakalnya,tangisnya...

rindu juga pada kak maria yg faiz gelarkan rakan sekerja saya, yg jadi teman sy b'bual disana...

rindu juga kenangan b'sama anis waktu msk kg org asli b'sama2....rindu masa jln2 t'akhir kali dgn dia b'sama raihan ke klcc...aquaria....naik komuter & lrt dr sg.buloh ke kl sentral, ke klcc & dr klcc, ke kl sentral & plg ke sg.buloh semula...gaya anak jln2 dgn emaknya......

RINDU SUNGGUH SAYA AKAN SAAT2 ITU.....


Monday, October 19, 2009

dsebalik...KENAPA SAYA PERGI....TINGGALKAN SEGALA YG SAYA CINTAI.....



saya cintakan sebuah kehidupan dmana manusia b'usaha melakukan kebaikan,hidup tolong menolong,lalu dijln itu dihadiahkan pula sebuah p'sahabatan

ukhuwah yg begitu indah
namun pastinya,t'selit juga duka dsebalik keindahan,
tapi,
yg duka itu lah yg tambah m'indahkn,
kala kita b'sama cuba merawat luka b'sama...
tapi kehidupan itu sy tgglkan....

KENAPA...? KENAPA...? KENAPA....?

sy pun keliru,
tapi yg pasti,sy bukanlah melarikan diri semata
pulangnya saya m'cari ketenangan...
cari yg harus saya lebih utamakan...

lalu sy b'fikir,
saya ada keluarga
yg harus sy utamakan
yg dah lama sy tgglkn
waktu sy melangkah pergi unt menimba ilmu dulu
menambah pengalaman hidup
& alhamdulillah sy dah kecapi

JADI, salahkah saya pulang
wlu sungguh berat langkah kaki
kerna yg saya jumpa waktu saya pergi dulu sesuatu yg bukan sahaja indah
tapi ia sesuatu yg b'nilai....

namun sekrg sy dah ketemu jawaban bagi segala persoalan
sy harus igt akan bonda saya
dia lbh perlukan saya
untuk temani adik saya yg begitu istimewa

dulu ada nenda saya yg menemaninya
yg meningglkn kg halaman
demi menemani anaknya m'bina keluarga jauh dperantauan

namun kini nenda saya sudah tua & uzur orgnya
& hatinya ingin plg ke kg halaman
ingin b'sama anak2 yg lain
cucu2nya yg lain
sanak saudaranya yg masih ada
cukuplah suaminya,anak terunanya,m'hembus nafas & t'semadi jasadnya diperantauan
demi b'sama kami

JADI, salahkah saya m'ganti tempatnya
bukan untuk kepentingan dia saja
kerna cukuplah dia b'korban
kerna pengorbanannya pun sudah xt'bayar
saya disini kerna disini sy lbh dperlukan

maka sy tgglkan segala yg saya cinta
untuk berada disini
juga untuk b'sama insan yg seharusnya lebih saya cintai

kerna sakit pening saya
suka duka saya
saya didepan mata mereka yg benar2 sayang akan saya
begitu jua saya;adanya disini jua untuk mereka
maka tidaklah m'undang bimbang dhati andai jauh dmata

susah senang saya bersama yg tulus m'cintai


kenangan,semuanya masih t'pahat utuh dhati....




apa yg sll saya pohon dariNYA, jangan pernah pisahkan saya dari ukhuwah yg pernah dihadiahkan kpd saya olehNYA....
juga jalan p'juangan kami b'sama
namun saya sedar,yg b'temu pasti b'pisah...
& saya sbg hambaNYA redha dgn setiap ketentuanNYA
pasti ia sememangnya yg t'baik yg tlah DIA janjikan

cuma 1,yg pasti saya selamanya akan tahu & simpan kejap ia dhati, saya t'amat sayangkan segala kenangan yg tlah dihadiahkan olehNYA...
PASTI & T'AMAT PASTI

& saya xkan pernah lari & sememangnya xpernah lari,
cuma m'cari jalan meneruskan kehidupan,
fikirkan baik buruk demi keluarga
juga demi m'cari jalan masa depan,
maka ada yg perlu saya korbankan

jadi yg pasti,
perginya saya
bukanlah m'bawa hati,
kerna andai itu alasannya,
saya akan m'jadi insan yg t'amat rugi
& sudah tentu saya xmahu jadi insan yg dlm kerugian

kerna sudah lumrah kita manusia,dlm menempuh sebuah kehidupan,
semestinya kita kan ketemu jalan yg m'butuhkan kita m'buat pilihan

MAKA MENGERTILAH & FAHAMILAH.....
kerna setiap langkah yg saya pilih itu, sungguh wlu ia t'lalu susah
sy pasti punya sbb....

kerna sesungguhnya,hanya DIA yg layak m'hakimi

Thursday, September 17, 2009

Dalam hati ada cinta, ada kasih, ada sayang.......


ALHAMDULILLAH
syukur tak terkira pada DIA yang maha pengasih & penyayang
terima kasih atas cinta, kasih & sayang yg KAU hadiahkan buatku....


Seperti biasa bila Ramadhan mahu pergi & Syawal hmpr menjelma, m'jadi rutin org perempuan, x kalah juga org lelaki, memulakan aktiviti kemas mengemas ni. asyik sibuk mengemas b'hari2 tibe pinggang diserang sakit yg t'amat.mana xnya panjat memanjat lah,bongkok membongkok lah,m'bersih segenap ceruk rumah luar & dalam, tolong mak.biasanya ada asiah & amalina yg turut m'bantu.tp, tahun ni asiah xblk raya, keje, xdpt cuti. na plak melepek xlarat, alahan mengandung anak sulung.

so, istirehat lah sebentar sementara menanti waktu b'buka. dah xmampu nak tolong mak didapur menyediakan juadah b'buka.

hampir tiba waktu b'buka,mak dtg m'jengah kebilik.namun aku masih b'baring,cuba m'biarkan rasa sakit itu dbawa pergi. lalu katanya,"kesian anak mak".& kemudian dia dtg m'hampiri,dbawa kurma & air tebu kegemaranku lalu dihulurkan kpdku.katanya lagi, b'buka kat bilik jelah.dah ok skt nnt awk bgn makan ek.lalu terima kasih kuucapkan padanya.

& sebelum dia berlalu pergi,dia mkn m'hampiriku lagi,dihadiahkannya sebuah kucupan mesra dsertai senyuman indah t'ukir dibibirnya, penuh ikhlas.

ya Allah,kucupannya darinya yg kuterima lewat senja itu benar2 m'undang sebak didada.&buat diri ini seolah sedar dr lamunan.betapa aku kasih akan dia,yg xbisa t'gmbr walau kucuba lahirkannnya dlm seribu kata.kini aku ingin terus m'buru cinta dia,demiMU yg m'ciptaku, lahir dr rahimnya. akan kulakukan segalanya demi kasih bondaku,m'bls segala pengorbanan yg kukira xkan t'byr olehku.namun diri ini xkan pernah b'henti...kerna dalam hati ini ada cinta, ada kasih, ada sayang, hanya untukmu bondaku.

Tuesday, September 8, 2009

anis.....buah hati kakngah....


anis....
nama itu kerap m'jadi sumber kebahagiaanku kini,
anis,adikku yg comel sekali,
dia insan istimewa.....
diberi kelebihan padanya kukira....
dia antara yg m'hidap 'Autism' membuatkan dia m'jadi kanak2 yg begitu istimewa
wlu diusianya yg sudah m'jangkau 18 tahun,tapi perawakan & p'hatian yg diperlukannya persis kanak2 yg masih kecil...
makan minumnya,tidur mandinya,
segalanya xdpt diuruskan sendiri,melainkan diuruskn org lain....

& kini pulangnya aku kembali ke kampung halaman b'sama keluarga memanggil aku untuk memberi perhatian kepadanya,
menemani harinya,melengkapkan keperluan hariannya,
melayan kerenahnya,
yg m'hadiahkan aku seribu,sejuta, malah xt'kira bahagianya.....

anis,adik akak yg comel....kakakmu ini begitu menyayangimu,
xkan kakngah tgglkn anis lagi,
xkan kakngah siakan p'hatian yg d'perlukan oleh anis,
selagi masih diizinkanNYA, Insya Allah...

terima kasih ya Tuhan,
kau buat ku sedar,dimana aku dp'lukan,
kerna kupercaya akan janjiMU,
KAU sentiasa izinkanku b'juang wlu dlm apa cara pun dijalanMU....
KAU buat kupercaya,
wlu dimana jua kuberada,
aku xkan pernah b'henti b'juang,
ku masih dalam p'juangan....
p'juangan dalam cara ku yg t's'diri
& hanya KAU yg maha mengerti.....

maka,diriku tidak lagi didlm tangis
kerna kutgglkn sebuah jln yg KAU hadiahkanku dulu
jln p'juangan yg kutempuh dgn penuh liku
namun jln itu m'beriku jua sebuah kebahagiaan
sehingga t'lalu sukar unt ditinggalkan

namun,
apa yg kutinggalkan itu...
membukakanku sebuah jalan yg baru
yg juga menghadiahkan sebuah kebahagiaan

ALHAMDULILLAH....
ku bersyukur padaMu.....



......& tiba bila kuberbicara perihal ini,ia menyingkap rasa rinduku buat dia,
insan yg juga b'nama anis....
sungguh akak rindukan kamu......

Monday, August 10, 2009

Sepi itu indah......


sang bayu tiba b'bisik padaku,
katanya.....sepi itu indah....

lalu kukatakan kembali padanya;
benar sepi itu t'amat indah......
kerna....
hanya tika kesepian
kita akan benar2 menghargai saat2 dimasa lalu,
saat2 yg pernah dirasakan begitu m'bahagiakan,
t'lalu indah nan permai,
yg menyelubungi jiwa & sanubari.....

terima kasih sepi.....
kerna m'ajar ku tentang erti lebih menghargai.....
nyata kau begitu indah.....

Alhamdulillah,kupanjatkan seribu kesyukuran kehadratMU ya Ilahi.....


Friday, April 17, 2009

kan kutinggalkan kota itu....

Kan ku tinggalkan kota itu

kota yg pernah m'cipta seribu rasa dhatiku

rasa sesak....

sesak akan kesibukan yg disajikan dikota itu
yg dihuni b'juta m'sia
yg pelbagai rupa
pelbagai ragamnya

yg m'janjikan p'bangunan
tapi sekadar p'bangunan materi
bagaimana pula p'bangunan rohaninya

& kdg kota itu menimbulkan rasa benci dhatiku
rasa mual akan p'bangunan yg dtawarkan
yg merosakkn b'juta jiwa
yg x t'pelihara lagi adat & sopannya
yg mula lupa jati dirinya
sbg muslim
mukmin
jua melayu
yg dkenali kaya dgn adab sopan
tata tertibnya
budi bahasanya

sungguh p'bangunan telah menelan semua itu
hampir melenyapkannya dari alam maya

& ini makin membuatkn tekad kubulat
xkan ku huni kota ini
pasti kan kutinggalkan kota ini

namun...

xdinafikan
dsebalik p'bangunan materi yg dsajikan dkota itu
alhamdulillah
kujumpa jua juadah rohani buatku

disini t'cipta
rasa kasih
rasa cinta
yg t'cipta jua dikota ini

kerna dikota ini
aku mengenali
mereka yg cintakan kebaikan

disini ku rasakan sebuah kesatuan
b'sama atas matlamat yg satu
sama2 dilandasan p'juangan
melakukan kebaikan b'sama2
demi mengejar redha dariNYA....

b'bakti bkn hanya kearah m'perbaiki diri & peribadi
bkn hanya mengejar ilmu yg hanya untuk diri s'diri
tapi jua b'bakti b'kongsi ilmu yg ada
walau hanya sekecil cuma
kepada mereka yg dahagakan ilmu itu
yg memerlukannya untuk m'bimbing diri

Subhanallah....

Alhamdulillah
terima kasih ya Tuhan
syukurku panjatkan buatMu
yg m'izinkan ku ada rasa ini.. dihatiku
semangat juang
b'bakti hanya bukan kepada diri s'diri
tapi jua untuk dkongsi b'sama insan lain ciptaanMu

& ini m'buangkan rasa yg satu itu
rasa yg pernah timbul dhatiku
rasa benci akan kota ini
lalu b'tekad untuk tinggalkn janji2 palsu yg dsajikannya

malah kini rasa sayangku pada kota ini kian menebal

kerna dikota ini
rasa cinta
rasa sayang
rasa kasih
telah t'cipta dihatiku
t'semai di ruang yg paling dalam dhatiku

namun x dinafikan jua
dalam kupunya rasa kasih ini
aku dicuba jua diuji
dalam terus menikmati rasa kasih ini

sehingga ia m'jadi rajuk dihati
lalu kuputuskan
untuk ku tinggalkan kota ini
untuk kupujuk hatiku
untuk kuubati lukaku
untuk ku buang rajukkku nan satu itu

lalu kini

rasa itu telah b'tukar kepada sebuah kepiluan

ya...

rasa pilu itu beraja dhatiku
kerna kota yg buatku kenal erti cinta itu akan kutinggalkn
ditinggalkan kala hati terasa berat benar meninggalkannya
kerna belum puas lagi ku mengecapi rasa cinta itu
ku masih ingin bahagia kala rasa itu b'bunga dhatiku

namun mungkin itu yg t'baik untukku
untuk ku ubat hatiku
agar cinta ini memekar dihati hatiku
sentiasa
& selamanya...

& kuterima ketentuanMu
kota itu tetapkan kutinggalkan

& ku pasrah ...

namun cinta ini masih dihatiku

& kumohon padaMu
izinkan aku jua masih mengecapi rasa cinta ini walau dimana kuberada
selagi diri ini masih b'nyawa
izinkan aku masih djalanMu.....insyaAllah

Syabab....buah hatiku



syababku
buah hatiku
kau jua akan kutinggalkan setelah kutinggalkan kota itu...

dia syab....
yg jua ku kenal dikota itu
wira kecilku...
si kecil yg cintakan kebaikan
jua mereka yg melakukan kebaikan

sungguh b'sama dgnnya m'beri ku inspirasi
betapa dia menyuarakan cintanya pada kebaikan
jua kasihnya pada yg melakukan kebaikan

dia menyatakan kasihnya pada 2 insan ini;
papanya
jua pakcik matnya

mereka sumber inspirasi hidupnya
betapa dia kasih pada mereka yg tak kenal erti jemu dalam melakukan kebaikan
betapa dia kagum dengan pengorbanan 2 insan ini yg tak jemu m'beri bakti
b'dakwah dbumi asli
...katanya....
"ada 2 org yg plg anis syg, papa & pakcik mat,sbb papa & pakcik mat baik,jrg anis jmpa atau dgr org suka sgt tolong org asli.tapi papa & pakcik mat sll je nak tolong org asli.jadi, anis nak jadi macam mereka"

& dia juga yg buat hatiku tak keruan untuk tgglkan kota itu
kerna katanya kepadaku....
"akak, bila akak blk kg akak nnt akak msk kg org asli lagi tak kak..?"
b'kali2 aku diajukan soalan yg sama olehnya
sehinggalah aku m'beri jwpn yg akhirnya kukira bisa memuaskn hatinya.

dia juga pernah b'tanya padaku...
"akak, bila akak dah kawen nnt, akak msk kg. org asli lagi x..?"

& ini jua m'buatku t'gt akan katanya...
"anis sayang akak2 semua sbb akak semua suka buat baik, tolong papa anis, ikut pakcik mat, utk masuk kg. org asli..."

anis, akak jua sgt sygkn anis...

ya Allah
sungguh sikecil itu sudah t'detik dhatinya ttg nikmat menabur bakti
t'tanam azam dhatinya untuk turut b'bakti...

& sungguh aku kagum akan ciptaanMu ini ya Allah
kau campakkan rasa cinta ini dhatinya

Subhanallah...

maka ya Allah
kumemohon padaMu
Ya Allah ya Tuhanku...
izinkan hambaMu ini melahirkan syababul muslimin, syababul mukminin...
sbg zuriat yang mendiami rahimku ini....

agar mereka akan jadi pejuang AgamaMu
yg penuh semangat juang dhati....

itu...kata2 yg terbit dihatiku
kala diri ini melayan celoteh sikecil Anis

dia wira kecil dhatiku...
sumber inspirasi
agar bisa kulahirkan
syabab...... buah hatiku.....Amin
InsyaAllah


"kemaafan itu dendam t'indah...."

assalamualaikum amizah.....
duhai sang pemilik hati....
kenapakah emosi yg m'usik jiwa itu kembali b'tandang dihatimu...?
kenapa?
mengapa?

ntah knp,
bila emosi itu dtg lagi,
diri ini kadang jadi kurang fikir,
mudah melantunkan rasa hati
rasa kecewa
diri tak lagi dikuasai rasional
tapi kini dbelenggu emosi

lantas kata2 itu mgkn bisa buat ada hati yg terasa
mungkin menimbulkan sesuatu yg bisa m'jeruk rasa

tapi...
apakah salah jika diri ini hanya ingin m'beritahu...
m'beritahu kpd mereka bahawa hati ini dilukai
dilukai jua oleh kata2 mereka
tingkah laku mereka
yg seolah mula m'buang ku dari kamus hdp mereka...

tidakkah mereka tahu,
pedihnya hati ini....
dek rasa diri ini t'buang oleh mereka.....

& diri ini menyuarakan kelukaan itu bukan untuk meluahkan rasa amarah dhati
tapi sekadar ingin m'beritahu yg disana
ubati lah luka dihatiku
luka yg dtg darimu...

tapi adakah mereka m'erti,
m'erti suara yg dtg dari hati ini...

ntahlah,
hati ini pilu...
bila t'kenang keindahan yg pernah dikecapi b'sama sahabat2
suka duka yg pernah diharungi b'sama

tapi kini,
diri ini takut untuk mencipta memori b'sama lagi
jika dulu, samada suka atau duka
asal ianya t'cipta b'sama sahabat2,
pasti ia kan jadi sesuatu yg indah dhati
suka duka itu warna pelangi hidupku
untuk terus dikenangi

tapi kini
walau untuk b'kongsi suka
ku perlu b'fikir beribu kali
bimbang walau yg suka itu bisa jadi duka buatku...

kadang diri ini lebih suka menyendiri
kerna kurasa,ada kala diri ini perlu s'diri, untuk diubat luka dihati....

mungkin diri ku perlu ruang
untuk ku stabilkan kembali emosi
agar kemaafan bisa lagi jadi dendam yg t'indah dhatiku....

agar ku kembali m'ingati kata yg t'metrai dhatiku sejak mengenali sahabat2 ku
kerna kasihku
kerna sayangku
setiap kesakitanku
kurasakan hadiah yg selayaknya buatku dari p'sahabatan ini
kerna sakit itulah penawar duka ku
warna hidupku
untuk kuketahui
bagaimana manisnya rasa memaafkan
lalu dapat kuubati rasa pedih dhatiku

kerna....yg pasti.....

"kemaafan itu benar2 dendam yg t'indah"......buatku

ya Allah ya Tuhanku.....
kembalikanlah rasa itu dihatiku
moga hati ini tak lagi rasa t'luka
tak lagi rasa disakiti....
sesungguhnya hanya KAU yg memahami.....

Thursday, March 26, 2009

Masih...

MASIH…..
Alhamdulillah berkat rezeki dariNYA, aku MASIH diizinkan olehNYA untuk MASIH berada dalam p’juangan b’sama adik2 serta rakan2 sep’juangan comradeans t’sayang
serta yg lain2 yg berada dlandasan ini…
landasan p’juangan,menyampaikan dakwah kepada penduduk pribumi nun jauh dpedalaman….

Kerna hati ini pernah sayu,
Kerna dfikirku,
Setelah b’akhirnya pengajianku di UIA,
apakah MASIH ada ruang….
Apakah MASIH kupunya peluang,
Untuk MASIH terus b’juang…
B’juang dilandasan ini…

ALHAMDULILLAH…
Kupanjatkan seribu kesyukuran kepadaMU….
Kerna….

P’tamanya,
AKU MASIH…
diizinkanNYA,menziarahi kg. Tuel b’sama sahabat2 diakhir pengajian di bumi UIA t’cinta
juga bumi Husin yg sungguh permai pemandangannya dimataku…..
disitu,t’ungkap kisah yg penuh kenangan
yg akan t’smpn kejap dimemoriku
pastinya xkan pernah kulupakannya…

Juga,
AKU MASIH…
Bisa b’sama adik2 menyertai program dlmn COMRADE
MASIH dpt menyertai DRIC COMRADE dibumi indah… janda baik
MASIH dpt menyertai T.O.T COMRADE
MASIH dpt menyertai mass gathering COMRADE
MASIH dpt menyertai solat hajat COMRADE
Walau sudah x b’ada dibumi UIA,
Langkah ini masih dgagahkanNYA,m’jejakkn kaki ke bumi nan permai itu…..

Namun, tiada rezekiku b’sama mereka di kg. bkt kala, tika DRIC COMRADE diadakan
Juga b’sama mereka m’curah ilmu & bakti pada adik2 di asrama sg.ruil

Tapi AKU MASIH b’syukur padanya
MASIH AKU….
diizinkanNYA untuk menyertai p’juangan mereka ke kg2 yg kusayangi
MASIH aku bisa b’sama keluarga angkat ku di kg. yg p’tama aku m’jejak kaki dibumi Asli,
Kg. susu nan tenang itu…
Juga dibumi Pos Lebir
Juga dibumi teji & abu
& Insya Allah akan kujejaki lagi bumi pelantok…. Insya Allah

Dan AKU JUGA MASIH…
Merasa nikmat menabur bakti,
Bakti kepada adik2 diteratak itu…Asrama Baitul Ummah…

Kerna itu kusygkn sahabat2 ku
Mereka buat kurasa bahagia,
Bahagianya b’bakti djlnNYA
Kasih mengasihi…
B’sahabat…
Didalam 1 p’juangan…
Melakukan kebaikan b’sama2 dijalanNYA….

ALHAMDULILLAH…
Syukur kupanjatkan kpdMU…
KAU temukanku dgn mereka…
Sahabat2 yg t’lalu aku cintai…..

Dan KAU temukan aku juga satu jalan
Juga jalan p’juangan,
MASIH AKU….
MASIH dlandasan yg sama,
Disini kuMASIH bisa b’juang b’sama teman2 serta adik2 t’sayang
Juga dp’temukan dgn adik2 yg kukira diri ini turut menyayangi mereka sepenuh hati ini….
ja’a,adah,atikah……sesungguhnya kalian t’semat dhati ini
juga umi sekeluarga….iyah juga ika….

disini…..
kuketemu….
Bumi nan indah permai…
Pos brooke, kg. jelgel, kg. jerdip, kg. jekjok, kg. mendrod, kg. sendrod, kg. sangwai, kg. segar, kg. liak, kg. kuala renggil
Pos slim, kg. palas, kg. Pawong
Jua Pos balar…

dini juga ku dizinkanNYA..
m'jelajah lagi bumi Tuel....
kujejaki jua Peluq, Hanir, & Ber

Dan KAU izinkan juga kuketemu dgn mereka yg lain…
Ustaz wahab & sahabatnya….
& b’sama mereka juga AKU MASIH…
MASIH bisa dlandasan ini

disini…..
jua kuketemu….
Bumi yg damai lagi indah nan permai…
Kuala mu, kg. bersah
Pos legap, kg. perjek, kg. keeb….
Jua KAU temukan ku dgn insan b’nama khadijah, zaidah & umi…
Maka t’binalah TABIKA AL UMMAH
Jua sahabat dari bumi singa, huzaifah, bilal, farhana & rafidah ..saat b’sama kalian masih diingatan

Namun…
MASIH bisakah MASIH ini terus m’jadi MASIH…

Maka kupanjatkan doaku padaMU ya Tuhan…
YG PEMURAH, LAGI MAHA PENGASIH & MAHA PENYAYANG…
IZINKANKU…izinkanku…
Izinkanku untuk terus MASIH b’pijak dbumi asli itu
Untuk terus MASIH b’juang dlandasan itu

MASIH belum kau kurniakanku peluang
Rezeki untuk kujejakkan kaki ini
Dibumi…
Dakoh, pos balar
Pos simpor
Pos belatim
Pos tohoi
Pandan indah
Sg.berua
Suak padi
Pos poi….
& jua dibumi asli yg lain2nya…

Untuk MASIH merasa nikmat melakukan sesuatu…
Sesuatu untuk m’dididk jiwa ini
Untuk tidak hanya menerima
Tapi turut memberi
Mencurah bakti pada yg perlu
B’kongsi kasih sesama insan ciptaanMU

Juga mengasihi sebuah ukhuwah
Yg t’bina atas nama p’juangan nan satu
B’sama2 melakukan kebaikan demi m’dambakan keberkatan & keredhaanMU….
Insya Allah

& Moga aku tetap MASIH diizinkanMU b’juang dilandasan ini…Insya Allah…

AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN…

Saturday, December 27, 2008

No friends No tears


Suatu masa dulu,moto ini m'jadi moto hidupku.
Bila tak b'kawan kita tak sakitkan hati kawan & kita pun tak disakiti kawan....

Ntah knp sgt tak suka b'kawan.Byk yg menyakitkan hati dari rasa nikmat b'kawan.
So,prefer to be alone,dari pening2 fikir pasal kawan.
Lagipun dulu mmg tak reti b'kwn sgt.Byk duk diam.So,org pun takut nak dkt,nmpk cam bdk sombong sgt.Dan saje buat sombong sbb tak nak kwn...huhu

But,e'thing changed bila dah kenal COMRADE, terasa sgt2 nikmat b'kwn, b'ukhuwah, saling menyayangi kawan2.nikmat sgt2,nikmat tak t'hingga.Syukur sgt padaNYA yg m'izinkanku merasa nikmat sedemikian.Kerna,sepnjg jln pjuangan b'sama,sahabat2 sentiasa jadi penguat semangat,benteng dalam m'bina kekuatan diri,saat diri sentiasa diberi cubaan.M'jadikanku seorg insan yg kenal erti syukur,kerana DIA tak pernah biarkan diri ini keseorgn,dikurniakanNya sahabat2 disisi.Sungguh mereka membuat ku yakin dlm m'bina benteng kekuatan itu.

Tapi tak dnafikn, kdg tu p'sahabatn ini pun sll je dilanda badai.Dan saat sakit terasa pabila badai itu dtg melanda,moto itu b'kali2 ingin kembali dlaungkan.Kerna sakit yg dirasa nyata lbh terasa.kerna kesakitan itu dtg dari shbt2 yg benar2 disayangi.terasa kekuatan yg dibina bisa roboh begitu saje,sekelip mata.Sakitnya,pedihnya hanya Dia yg tahu.

Namun setiap satunya pasti punya hikmah disebaliknya,bak kata2 yg dberikan oleh seorg sahabat ini,disini kita akan kenal erti sebenr p'shabatan,who is "the true best friend?....the one who never let you to be alone when the whole world left you behind"

Maka rasa syukur itu sentiasa kupnjtkan dalam hati ini.Dan diri ini takkan p'nah m'hukum erti psahabatn itu,betapa sakit sekalipun,diri ini tetap dan sentiasa akan menyayangi p'sahabatan ini,sampai kapan pun,sampai syurga nanti....insyaAllah.

Terima kasih sahabat,kalian buat diri ini kenal pahit manisnya b'sahabat,dikaulah madu,dikaulah racun,namun kalian tetap dihati,kerna diri ini benar terlalu menyayangi kalian.kerna kutahu,kdg diriku juga pernah m'jadi cubaan dlm p'jlnn p'sahabatan kita ini,maka maaf kupinta pada kalian,dan akhir pintaku,seburuk mana pun diri ini,jgn pernah buangkanku dlm kamus hidup p'sahabatan kalian...



Sungguh, demi Tuhan, diri ini t'lalu menyayangi kalian :)

Monday, December 22, 2008

Wira Kecil....


Wira kecil ...... Dia yg b'nama Anis Bin Abd. Razak.

Dia mmg Wira kecill dihatiku, tentu juga dihati ayah bondanya,adik b'adiknya, tentu juga pada yg lain yg mengenalinya sepertiku.

Dia lah wira,kerna peribadinya yg ckp mampu m'buka mata,m'buka hati,untuk penuh kagum padanya,sesungguhnya si cilik itu,sungguh besar hatinya,sarat dgn cita2,yg mgkn tak pernah t'fikir dek akal org yg jauh lbh b'usia darinya.

T'ngiang2 lagi di telinga ini akan kata2nya, kak,bila Anis besar nanti, Anis nak beli pajero, dan ada 5 perkara yg akan Anis modified kat pajero tu, pertama,.....,ke2,....... . Setiap 1 nya punya alasan t'sendiri, kepentingannya, kekurangannya, semuanya sarat dgn hujah... Kadang mcm tak percaya, kata2 itu dtgnya dari sikecil cilik yg baru m'injak usia 8 tahun, Subhanallah...

Celotahnya ckp m'belai jiwa, m'gamit rasa,subhanallah indahnya ciptaanmu ini,sungguh bijaksana kata2 yg dibicarakan olehnya....
Mana taknya, kanak2 lain mgkn dikala usia sekecil itu, mesti msh riang gembira b'main b'sama tmn seusia,b'main ps1, ps2,...dan sebagainya, yg msg2 leka dgn dunia kanak2.

Tapi, wira kecilku ini,dimindanya penuh dgn cita2,sentiasa rindukan kembara, kembaranya kedunia org asli,ceria m'bicarakan pengalaman p'jalanan pengembaraan yg penuh cabaran,juga t'selit niat untuk b'dakwah...

T'igt akan p'tanyaanya,akan apa yg seharusnya dia lakukan untuk b'dakwah pada p'dududuk peribumi ini,akan cita2nya, yg ingin m'ajak kwn2 lain seusianya memijak bumi asli ini,ya Allah sungguh si kecil ini sarat dgn cita2 murni.Makbulkanlah impiannya ya Allah,moga hasrat murninya itu dipermudahka olehMu.Moga semangat juangnya sentiasa t'semat teguh dihatinya, diberkati & dipermudahkan segala urusan olehMu...Insya Allah.

T'igt juga kala memangkunya diribaanku,bicaranya penuh sopan&santun..."maaf Anis menyusahkan akak,Anis berat tapi duduk atas riba akak, akak sakit tak riba Anis ni?".
"kak, Anis nak tanya akak sesuatu boleh tak, Anis tak m'ganggu akak kan?"....

Ya Allah, setiap bicaranya penuh sopan,setiap satu permintaan dimulakan dgn meminta keizinan.membuatkan diri ini tak pernah jemu melayan celotehnya.kerna celotehnya itu penuh dewasa,inginkan pengertian ttg sesuatu sarat dgn kesungguhan ingin peroleh suatu ilmu.

Dan dalam diri penuh dgn rasa rendah diri,m'hormati yg lbh tua.

T'igt juga kala dia meminta izin untuk tidur, "kak, Anis ngantuk, boleh Anis tidur,Anis tak susahkan akak kan ribakan Anis?"

Lantas diri ini m'balas hanya m'balas dgn senyuman,tanda m'beri keizinan, menyampaikan maksud bahawa tingkahnya tak pernah menyusahkan, malah menyejukkan jiwa ini.

Kala itu ku b'munajat didlm hati, ya Allah ya Tuhanku, moga suatu hari nnt Kau kurniakanlah aku p'mata hati, penyejuk jiwa seperti Anis,kerna alangkah bahaginya punya cahaya mata seperti wira kecilku ini.... Amin

T'igt juga tika dia menyuarakan akan kebanggaannya t'hadap ayahnya,cita2nya untuk m'ikut jejak langkah ayahnya.

Dan kekaguman itu jelas t'bukti,kala dia sentiasa leka m'dgr celoteh ayahnya,penuh ketekunan,kala yg dewasa pun mampu t'sangap m'dgr tazkirah ttg p'juangan dari Dr.Razak di pagi hari,tapi Anis mdgrnya dgn penuh minat,penuh p'hatian.kala ayahnya meminta Anis bacakan ayat al-Quran sbg isi tazkirahnya,Anis patuh memenuhi p'mintaan ayahnya membacakan surah Al-Maa'un dgn penuh lancar dan yakin tanpa sedikit pun rasa gugup kerna m'bacanya dihadapan ramai yg jauh lbh b'usia darinya.

Ya Allah, subhanallah sesungguhnya ku kagum dgn ciptaanMu ini ya Allah....

kalau nak diceritakan,mmg t'lalu byk kekagumanku t'hadap wira kecil ini.Dan ku b'doa moga kekalnya dia sbg wira hinga dia m'injak dewasa.moga dia istiqomah dgn dirinya yg sarat dgn cita2.Amin.....