Nota hati...

“maka kubermohon padaMU, ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdir-MU. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba – yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuh.” ~

moga ku punya kekuatan untuk menerima cintaMU itu...insyaAllah

Tuesday, January 12, 2010

Tuhan...aku jauh, engkau jauh...aku dekat, engkau dekat

Tuhan
Tempat aku berteduh
Dimana aku mengeluh
Dengan segala peluh

Tuhan
Tuhan Yang Maha Esa
Dimana aku memuja
Dengan segala do'a

Aku jauh, engkau jauh
Aku dekat, engkau dekat
Hati adalah cermin
Tempat pahala dosa berpadu

Tuhan
Tempat aku berteduh
Dimana aku mengeluh
Dengan segala peluh

Ujian yang datang dariNYA,...bukti, tanda kasihNYA kpd kita hambaNYA


saya selalu manjadi lemah bile diduga, t'utamanya dugaan b'kait emosi...lalu diri merasa seolah kan rebah tak mampu nak b'tungkat lagi, & air mata mula jadi teman setia diri ini.....mula t'fikir kekurangan & kesilapan diri ini lantas wujudnya kelemahan pada diri...lalu kekuatan mula dicari

andai diri terus merungut menatap hiba nasib diri, tentu saya akan semakin lemah...takut rebahnya x bisa bangun lagi...

maka hikmahnya saya cuba cari...

ujian yang datang ini pasti ada hikmahnya, mungkin ini kafarah atas segala dosa yang lalu.& mungkin ini jalannya DIA menarik aku kembali untuk dekat denganNYA kala diri ini leka & alpa tika tenang mengecapi nikmat dunia, yg sepatutnya membuat aku lbh b'syukur kepada DIA. tp, aku yg lemah ini selalu leka & lupa.

Alhamdulillah beribu kesyukuran kupanjatkan kehadratMU atas ujian yg KAU datangkan kepadaku ini, ia berikan kupetunjuk & peringatan buatku yg sentiasa lupa & kadang jauh dariMU untuk kembali merasai nikmat menagih kasih dariMU.

lalu kupanjatkan doa, b'munajat kepadaNYA;

~ ' KURNIAKANLAH AKU KEKUATAN MENERIMA SEGALANYA DENGAN PENUH REDHA DALAM MENEMPUH SEGALA UJIAN YANG DATANG DARIMU INI ...KERNA KU TAHU, INI ADALAH BUKTI, TANDA KASIHMU KEPADAKU, KERNA JIWAKU YANG AMPUH INI BUATKU LBH DEKAT KEPADAMU, SABAN WAKTU, TIAP DETIK & KETIKA KAU KAN KURINDU ' ~

(al baqarah; 286) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya & ia m'dpt seksa (dari kejahatan) yg dkerjakannya (Mereka b'doa) ' ya Tuhan kami, jgnlah Engkau hukum kamijika kami lupa atau kami tersalah. Tuhan kami, jgnlah engkau bebankn kpd kami beban berat sbgmana Engkau bebankan kpd org2 seblm kami. ya Tuhan kami, jgnlah Engkau pikulkan kpd kami apa yg tidak sanggup kami memikulnya. kurniakanlah kami kemaafan, ampunilah kami & rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami t'hdp kaum yg kafir ' "


- moga diberi kekuatan dalam jihadku melawan perasaan yang lemah. & ingatlah DIA sentiasa ada dekat dgn hambaNYA yang sering mendekatiNYA

kata2 dari sahabat...untuk kusemat jadikan ingatan, insyaAllah



Kerendahan hati disandarkan kepada kekuatan bukannya kelemahan. Mengakui kesalahan & melakukan perubahan ke atas kesilapan adalah 1 bentuk penghormatan tertinggi pada diri sendiri


~
Merendahlahlah, engkau kan seperti bintang gemintang
Berkilau dipandang orang di atas riak air & sang bintang pun jauh tinggi
Janganlah seperti asap yang mengangkat diri tinggi dilangit padahal diriNya rendah hina
(K.H RAHMAT ABDULLAH) ~

Monday, January 11, 2010

kau pergi.......


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku
kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku
kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

Sunday, January 10, 2010

Kub'monolog s'diri tanda muhasabah ; ~ curahan rasa cintaku buat DIA cinta hatiku...


Seperti sebelum ini & selalunya aku suka b'monolog sendiri sambil muhasabah diri...& semakin kerap diakhir2 tika ini....

setiap yg t'lintas dfikirku, samada yg baik atau yg buruk, kucuba cari hikmahnya;

andai ada yg m'gusarkn fikirku, istighfar kulafazkan ~ Astagfirullahal Azim
andai sejenak ia menyedarkanku ttg sesuatu ttg indahnya nikmat kurnianNYA pdKU...
kub'tasbih ~ Subhanallah
ku b'tahmid ~ Allhamdulillah
& kub'takbir ~ Allahu Akhbar

kemudian doa kupnjtkn; mengadu hanya pada DIA
memohon, meminta padaNYA yang Maha Pengasih & Maha Penyayang
lagi Maha mengerti & mengetahui segala sesuatu;
kumohon dberikan yg t'baik dariNYA,
kerna yg dtg dr DIA pastinya yg t'baik untuk hamba2NYA

...maka kumeminta izin drNYA,
izinkan hambaNYA yg kerdil, lemah & hina ini yg sering alpa & leka untuk turut mengecapi nikmat kasihNYA itu...kerna ku teramat dambakan yg t'baik drMU ya Tuhanku....
ya RABBUL IZZATI perkenankanlah pintaku ini...Amin



~ Allhamdulillah wa syukurillah kau hadirkan rinduku pdMU selalu,
ku jd ingin sll b'bicara dgnMU tika kub'diri & sujud menyembahMU dlm solatku

& tika kub'zikir m'ingatiMU & menadah doa kpdMU usai solatku
jua pd tiap ketika & waktu
kerna hanya cinta pdMU kini yg jd dambaanku...insyaAllah

moga ku istiqomah & ia b'kekalan hingga ke akhir waktu

Saturday, January 9, 2010

Jauh tapi dekat...


t'igt lagi, pernah dpt forwaded email m'ceritakan ttg keburukan fb dgn hujah2 nya.bile dfikirkn, mmg ade benarnya...

tp, pd pndgn sy (yg mgkn ade silapnya), sy amb dr sudut kebaikan yg ade. sepertimana kita tahu fb ni blh djadikan one of mediums of i'action yg convenience, interactive & interesting.

cthnya, (p'dpt dr sudut peribadi sy lah)... fb ni buat saya yg jauh dpisahkan jarak dgn teman jd dekat. dekat bile, blh b'kongsi2 comment, b'kongsi luahan rasa, b'gurau, s/time mengarut, merapu & menyengal.
boleh kongsi2 gambar bile sesi tag mengetag gmbr b'laku. cthnya, bile lame x join prog pun, bile kwn2 yg gi @ ade gmbr prog ltk gmbr kat fb, pastu tag kite. so, kita cam b'kongsi pengalaman & crt prog tu same2, cam blh m'imbau zaman2 b'prog dulu2 gak lah.
pastu, ade plak yg buat crt2, ayat2 sengal, gurau senda, crt dsebalik photo, so, gmbr tu mcm ade crt & kisah dsebaliknya lak. so, hepi & t'hibur gak kdg atau most of da timelah rasanya, bile baca coretan2 ria kwn2 ...huhu

pastu, kat fb gak, kite blh ltk link, cam yg sy br je belajar mlm ni & tahu lah skt2 & nak try buat ..blh ltkkn link kat notes, entry dr blog, yg boleh dkongsi b'sama2 tmn...so, dpt lah kongsi & tahu skt sebyk p'kembangan semasa & crt serta khabar dkalangan teman2 semua.

so, kdg tu, bile rasa rindu ngan teman2 tu, ape lagi, pntg ade peluang klu blh ngadap pc je, mula lah online, buka fb, pastu mula lah m'jlnkn aktiviti sengal b'sama2....SO, SY YG JAUH PUN TERASA DKT SGT DGN SEMUA..... ;) ....huhu

cuma, kena b'igt lak kdg tu...sbb s/time tu rasa cam addicted lak dgn fb ni. mana x nya. dah buka pg, nnt ptg rasa nak buka lagi, nnt mlm pun gitu gak...tgh2 nak tido pun, bile ade s/thing yg interesting t'lintas dfikiran, rasa nak buka fb, nak kongsi ape yg m'cuit rasa tu...huhu. mandi x basah, mkn x kenyang, tido x lena plak jdnya....huhu... apekah. x pasal2 lak keje lain t'tggl...huhu

so, pengajaran yg kite blh ambil b'sama...b'serdehana dlm semua...hrp ni jd p'igtn untuk sy & juga semua...huhu, insyaAllah ;)

Luahan cintaku padaNYA...



Kumohon padaMU ya Tuhanku,

berikanlah aku kekuatan dari cintaMU.
kerna kala ia tersemai subur dhatiku,pasti kebahagiaan hakiki bisaku kecapi.
& andai seribu badai melandaku aku kan tetap berdiri teguh lantaran api cintaku yg hanya padaMU didalam hatiku..ya Rahman ya...Rahim...Amin

Tasbih cinta...



Ukhuwah yang terbina bukan kuntuman bunga,
tapi persis seutas tasbih...
ada awal tiada penghujungnya,
dijalin untuk mengingatiNya,
dicantum dengan cintaNya,
diratib demi redhaNya..InsyaAllah

~ kerna bunga mgkn mewangi harumnya...
tp, pasti ia kan layu jua

Sunday, January 3, 2010

Takkan berpaling dariMU...

Terima kasih ku padaMu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya DiriMU yang tahu besar rasa cintaku pada Mu
Oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku tak kan berpaling dari Mu...


Thursday, December 24, 2009

Kuserahkan padaMU Tuhan...


Ini aku

Semua milikku

Kuserahkan padaMU Tuhan

Penyesalan & kebanggaan

Suka & duka

Semua kuserahkan


Yang tlah lalu

Yang kan datang

Hasrat & harapan yang t’bayang

Masa depan & rencanaku

Semua kuserahkan dalam tanganMU


Kupersembahkan hidupku

KepadaMU Tuhan

Untuk kemuliaanMu


Kuberikan hidup ini

Sebagai persembahan

Yang berkenan padaMU