Nota hati...

“maka kubermohon padaMU, ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdir-MU. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba – yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuh.” ~

moga ku punya kekuatan untuk menerima cintaMU itu...insyaAllah

Friday, February 5, 2010

Prevention is better than cure


Membaca entry raihan di blognya, notes & link yang di tagkan serta dikongsikan @ wall face book saya oleh afifah, dan saya juga kawan-kawan yang dah mula suka sangat bermadah & berpuitis , qoute meng- quote kata2 yang berbicara soal hati atau lebih tepatnya 'cinta' membuat saya nekad untuk publishkan post yang pernah saya tulis; yang hanya saya simpan sebagai draft sebelum ini yang saya edit disitu & disini untuk menjaga sensitiviti
(yang membuat saya teragak2 untuk mempublishkan entry ini sebelumnya...kerna saya punya kelemahan dalam komunikasi, kadang apa yang saya cuba sampaikan, alihnya akan mendapat tafsiran lain dari yang saya cuba sampaikan pada asalnya)


Prevention is better than cure (begitu lebih kurang tajuknya yang saya berikan)

(yang saya kira sebagai peringatan untuk diri sendiri & adik2 (especially kaum hawa, tapi, boleh dikongsi juga dengan kaum adam, sebagai ilmu; camne pandangan tentang menjaga pergaulan dari sudut pandangan seorang perempuan. so, kite faham, kadang kenapa perempuan bertindak camtu @ camni dlm satu2 keadaan)


- mencipta batasan antara pergaulan lelaki & perempuan sebagai menjauhi fitnah -


disini perlunya diletakkan barrier, yang mana sometime seorang perempuan tu perlu bersifat tegas & bukanlah terlalu berlemah lembut dalam berbicara dengan lelaki. lebih - lebih lagi dengan orang yang kita ada perasaan terhadapnya.

jika dengan kawan2 lelaki yang lain pun kita dah meletakkan ketegasan, dengan 'dia' ketegasan tu perlu lebih lagi.bukannya, dengan yang lain kita dah mesra, dengan 'dia' kita akan lebih mesra, sebab 'dia' lebih special (dari pandangan hati 'perasaan') buat kita. hal ini adalah penting untuk tak membiarkan diri kita jadi mangsa perasaan sendiri. dan, sebelum semua hal itu terjadi, better adanya prevention dengan meletakkan barrier antara kita dengan si lelaki.

& ini adalah sebagai mengambil langkah awal untuk berjaga2. kerna mengelak itu lebih mudah dari nak menyembuhkan andai dah tersalah langkah dalam permainan yang dinamakan cinta.


contohnya, boleh kita baca dari perenggan in yang saya petik dari entry 'kerana aku dalah wanita' oleh raihan;

Wahai wanita, bertegaslah. Aku semakin takut melihat lelaki-lelaki sekarang yang begitu mudah dipujuk rayu wanita. Teringat kata-kata seorang teman, berniqab dan bagi aku amat suci dan bersih. Katanya,“Raihan, lelaki ini lemah sangat bila berhadapan dengan wanita yang dikasihinya. Nak tak nak, wanita harus main peranan. Kita kena letak penghadangnya. Agar mereka tidak terlajak.”

Aku juga sebenarnya cukup kasihan dengan lelaki sekarang. Terlalu banyak dugaan yang wanita beri kepada mereka. Rata-rata. Di TV, persekitaran. Kuatkanlah tarbiah hatimu wahai pemuda Islam.

Dan berapa ramai juga kawan-kawan yang lebih memahami dan mendalami Islam, lebih dari aku, namun bersayang abang dengan kekasih hati? Bertudung labuh, berkopiah. Na’uzubillah. Terkena batang hidung? Ucapkan Astaghfirullah. Tuhan, jauhkan aku dari diuji. Kawan-kawan, kuatkan hati. Teringat kata-kata Wan Hafizi el-Faransiy, sahabat karib aku.”Kalau berani, bercintalah!” Memberi amaran tentang bahaya bercinta dengan manusia lain jantina.


begitu juga bile bab bergurau senda selalu. memang suke sangat mengarut menyengal. & ade kebaikan gak, boleh lebih mesra & rapat. tapi, kena beringat & bersederhana, bimbang ade kesan yang x baik lepas tu.

(so, kadang bile menjaga hal2 ni. orang cop kite cerewet. perasan nak tunjuk baik ke. banyak sangat pantang larang,garang...& banyak lagi yang seumpama dengannya....sampai xde laki yang nak dekat. tapi, bak kata raihan 'kerana aku adalah wanita'...so, faham2 lah duhai insan yang bergelar adam...)

& bagi orang lain yang memandang kita (yang diluar lingkungan kita2), mungkin akan adanya pandangan yang agak tidak baik, bilamana melihatkan kita bergaul mesra antara lelaki & perempuan, kita dianggap terlalu 'sosial', walhal kita telah meletakkan semuanya pada batas - batasnya (pada perkiraan kita).


SO, JOM SAMA - SAMA KITA BERAZAM UNTUK MENJAGA PERGAULAN KITA, MOGA HUBUNGAN YANG TERCIPTA DARINYA INI TERPELIHARA & DIBERKAHI OLEHNYA SENANTIASA, INSYA ALLAH


inilah lebih kurang yang dapat disampaikan di entry ini

yang baik itu datang dari DIA & sama- sama lah kita semua ambil pengajaran darinya, & yang buruk itu sungguh datang dari saya yang lemah & tentunya terlalu banyak kekurangannya, namun saya harap saya xkan pernah berhenti berazam & berusaha & melaksanakannya, untuk menjadi lebih baik, Insya Allah....AMIN & moga saya lakukan nya dengan penuh ikhlas & dijauhkan dari perasaan riak...nauzubillahi min zalik......ASTAGHFIRULLAHAL AZIM

2 comments:

Tengku Amizah said...

~ “....Semua remaja secara fitrahnya ada perasaan ingin disayangi dan menyayangi orang lain yang berlawanan jantina.... Tetapi apa yang paling penting ialah macam mana kita mengendalikan perasaan itu supaya dalam kita melayani fitrah manusia kita mampu melawan keinginan nafsu yang boleh merosakkan fitrah itu. Fitrah kita akan sempurna kalau kita mengikut disiplin yang sudah ditentukan...." ~

Balqis humairah said...

kdg kita perlu adakan batasan, barrier, gap atau ape saje yg sewaktu dgnnya bile dlm p'gaulan....bkn sbg tanda kita suka untuk m'jauh atau m'benci...tp, hanya sekadar m'jaga hati agar tidak m'jd seorg yg melebihi batasnya...
so, take it as a precaution; ~ prevention is better than cure ~