Nota hati...

“maka kubermohon padaMU, ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdir-MU. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba – yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuh.” ~

moga ku punya kekuatan untuk menerima cintaMU itu...insyaAllah

Friday, April 17, 2009

kan kutinggalkan kota itu....

Kan ku tinggalkan kota itu

kota yg pernah m'cipta seribu rasa dhatiku

rasa sesak....

sesak akan kesibukan yg disajikan dikota itu
yg dihuni b'juta m'sia
yg pelbagai rupa
pelbagai ragamnya

yg m'janjikan p'bangunan
tapi sekadar p'bangunan materi
bagaimana pula p'bangunan rohaninya

& kdg kota itu menimbulkan rasa benci dhatiku
rasa mual akan p'bangunan yg dtawarkan
yg merosakkn b'juta jiwa
yg x t'pelihara lagi adat & sopannya
yg mula lupa jati dirinya
sbg muslim
mukmin
jua melayu
yg dkenali kaya dgn adab sopan
tata tertibnya
budi bahasanya

sungguh p'bangunan telah menelan semua itu
hampir melenyapkannya dari alam maya

& ini makin membuatkn tekad kubulat
xkan ku huni kota ini
pasti kan kutinggalkan kota ini

namun...

xdinafikan
dsebalik p'bangunan materi yg dsajikan dkota itu
alhamdulillah
kujumpa jua juadah rohani buatku

disini t'cipta
rasa kasih
rasa cinta
yg t'cipta jua dikota ini

kerna dikota ini
aku mengenali
mereka yg cintakan kebaikan

disini ku rasakan sebuah kesatuan
b'sama atas matlamat yg satu
sama2 dilandasan p'juangan
melakukan kebaikan b'sama2
demi mengejar redha dariNYA....

b'bakti bkn hanya kearah m'perbaiki diri & peribadi
bkn hanya mengejar ilmu yg hanya untuk diri s'diri
tapi jua b'bakti b'kongsi ilmu yg ada
walau hanya sekecil cuma
kepada mereka yg dahagakan ilmu itu
yg memerlukannya untuk m'bimbing diri

Subhanallah....

Alhamdulillah
terima kasih ya Tuhan
syukurku panjatkan buatMu
yg m'izinkan ku ada rasa ini.. dihatiku
semangat juang
b'bakti hanya bukan kepada diri s'diri
tapi jua untuk dkongsi b'sama insan lain ciptaanMu

& ini m'buangkan rasa yg satu itu
rasa yg pernah timbul dhatiku
rasa benci akan kota ini
lalu b'tekad untuk tinggalkn janji2 palsu yg dsajikannya

malah kini rasa sayangku pada kota ini kian menebal

kerna dikota ini
rasa cinta
rasa sayang
rasa kasih
telah t'cipta dihatiku
t'semai di ruang yg paling dalam dhatiku

namun x dinafikan jua
dalam kupunya rasa kasih ini
aku dicuba jua diuji
dalam terus menikmati rasa kasih ini

sehingga ia m'jadi rajuk dihati
lalu kuputuskan
untuk ku tinggalkan kota ini
untuk kupujuk hatiku
untuk kuubati lukaku
untuk ku buang rajukkku nan satu itu

lalu kini

rasa itu telah b'tukar kepada sebuah kepiluan

ya...

rasa pilu itu beraja dhatiku
kerna kota yg buatku kenal erti cinta itu akan kutinggalkn
ditinggalkan kala hati terasa berat benar meninggalkannya
kerna belum puas lagi ku mengecapi rasa cinta itu
ku masih ingin bahagia kala rasa itu b'bunga dhatiku

namun mungkin itu yg t'baik untukku
untuk ku ubat hatiku
agar cinta ini memekar dihati hatiku
sentiasa
& selamanya...

& kuterima ketentuanMu
kota itu tetapkan kutinggalkan

& ku pasrah ...

namun cinta ini masih dihatiku

& kumohon padaMu
izinkan aku jua masih mengecapi rasa cinta ini walau dimana kuberada
selagi diri ini masih b'nyawa
izinkan aku masih djalanMu.....insyaAllah

1 comment:

Tengku Amizah said...

Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, nescaya kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri. Justeru, Allah telah mengingatkan dalam Al Quran agar kita menolak satu kejahatan dengan satu kebaikan.